Friday 21 July 2017

Wiro Sableng #50 : Mayat Hidup Gunung Klabat

Wiro Sableng #50 : Mayat Hidup Gunung Klabat Cerita Motivasi dan Inspirasi Nomor 1WIRO SABLENG

Pendekar Kapak Maut Naga Geni 212

Karya: Bastian Tito

INI SATU PEMANDANGAN yang mengerikan bagi siapa saja yang menyaksikan. Bagaimana tidak. Di malam buta ketika tak ada rembulan dan langit tidak pula berbintang, dibawah kepekatan yang menghitam gelap disertai hembusan angin mencucuk dingin, ditambah dengan turunnya hujan rintik-rintik, seekor kuda putih berlari kencang menuju puncak Gunung Klabat. Sambil lari binatang ini tiada hentinya keluarkan suara meringkik keras dari sela mulutnya yang berbusa.

Di atas punggung kuda putih itu membelin-tang sesosok tubuh yang sudah tidak bernyawa lagi. Sesosok mayat seorang lelaki separuhbaya berambut panjang sebahu dengan luka bekas bacokan pada pangkal lehernya. Sebagian wajah dan leher serta dadanya dibasahi oleh darah yang masih hangat tanda orang ini belum begitu lama menemui ajalnya.

Di belakang mayat yang membelintang di atas punggung kuda itu, duduk seorang perempuan berwajah bulat, berpakaian merah. Rambutnya yang panjang tergerak lepas dan berkibar-kibar ditiup angin. Perempuan inilah yang memacu kuda itu dengan segala kemampuan yang ada. Dia menunggang kuda puti
... baca selengkapnya di Wiro Sableng #50 : Mayat Hidup Gunung Klabat Cerita Motivasi dan Inspirasi Nomor 1

Monday 10 July 2017

Dik Anah

Dik Anah Cerita Motivasi dan Inspirasi Nomor 1

Sore itu madrasah dipenuhi dengan adik-adik yang mau mengaji. Semuanya sekitar 500an anak, yang laki-laki memakai baju koko seperti yang dipakai ngaji pada umumnya. Dik anah merupakan murid kelas 4 di madrasah “Darul Muttaqin”di desaku. Dik anah merupakan 3 bersaudara, kakaknya sudah menikah kemudian dibawa suaminya pergi dan adiknya masih kelas 2 SD. Sore itu seperti biasa saya melihat dik anah berlari berkejar-kejaran melintasi 2 pohon akasia didepan madrasah Darul Muttaqin. Gadis itu tampak riang penuh canda tawa, namun yang membedakan gadis itu dengan yang lain adalah semua temannya menggenggamm jajanan, karena di depan madrasah tersebut banyak sekali penjual, ada yang jualan siomay, empek-empek, bubur, es, cilok dan lain-lain. Harganya cukup murah, sekitar 500an rupiah. Namun dari beberapa hari ini terlihat dik anah tidak pernah memegang jajan seperti teman lain. Terkadang seringkali anak-anak yang seumuran mengejek tanpa rasa dosa.
“Bajumu jelek” sindir dik dini
“iya, udah jelek kotor lagi, miskin juga” tambah teman lainnya.

Seperti itu pemandangan yang selalu menghiasi hari-hari di madrasah tersebut. Madrasah mulai belajar jam 2, karena biasanya anak-anak SD pulang jam 12 kemudian jam 2 harus sudah sampai di madrasah. Pemandangan yang sangat menyenangkan karena setiap harinya para
... baca selengkapnya di Dik Anah Cerita Motivasi dan Inspirasi Nomor 1

Friday 30 June 2017

Wiro Sableng #54 : Pembalasan Pendekar Bule

Wiro Sableng #54 : Pembalasan Pendekar Bule Cerita Motivasi dan Inspirasi Nomor 1WIRO SABLENG

Pendekar Kapak Maut Naga Geni 212

Karya: Bastian Tito

PENDEKAR 212 WIRO SABLENG SESAAT BERDIRI MEMANDANGI BANGUNAN BESAR BERBENTUK JOGLO ITU.
"BANGUNAN BEGINI BESAR TAPI TIDAK SATU MANUSIAPUN KELIHATAN," KATA MURID SINTO GENDENG DALAM HATI. DI SAMPING KANAN BANGUNAN TAMPAK SEBUAH KERETA PUTIH.

TAK JAUH DARI SITU SEEKOR KUDA PUTIH TENGAH MENCARI MAKAN DI HALAMAN YANG BANYAK DITUMBUHI RUMPUT LIAR. BINATANG INI TAMPAK GELISAH. SEBENTAR-SEBENTAR DIA MENEGAKKAN KEPALA LALU MERINGKIK. WIRO MENDEKATI KUDA PUTIH INI LALU MENGUSAP-USAP LEHERNYA SAMPAI BINATANG INI TENANG KEMBALI, MALAH BALAS MENGGESER-GESERKAN PIPINYA KE BAHU SANG PENDEKAR.

"NENEK HANTU BULAI! APAKAH KAU ADA DI RUMAH?!" WIRO BERTERIAK MEMANGGIL SESEORANG YANG PUNYA GELAR ANEH YAITU SI PEMILIK RUMAH BESAR.

SUARA SANG PENDEKAR MENGGEMA SESAAT. DIA MENUNGGU. TAK ADA JAWABAN. WIRO BERSERU SEKALI LAGI. SEKALI LAGI. TETAP HANYA KESUNYIAN YANG MENYAMBUT. DIA LALU MEMASANG TELINGA. LAPAT-LAPAT DIA MENDENGAR SUARA SEPERTI AIR MENCURAH DI SEBELAH TIMUR BANGUNAN.

"AGAKNYA ADA AIR TERJUN DI BEL
... baca selengkapnya di Wiro Sableng #54 : Pembalasan Pendekar Bule Cerita Motivasi dan Inspirasi Nomor 1

Sunday 25 June 2017

SUNGGUH TRAGIS!! Mercun Meletup Ragut Nyawa Budak 12 Tahun

Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@hmetro.com.my BUDAK lelaki berusia 12 tahun maut akibat terkena mercun dalam kejadian di luar rumahnya di Kampung Bintawa Hilir, Petrajaya, Kuching,hari ini. Dalam kejadian 12.15 tengah malam itu, mangsa, Haiqal Hakim Zolpaka, maut akibat parah di kepala. Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, mangsa bermain sejenis mercun seorang diri di luar rumahnya sebelum mercun berkenaan tiba-tiba meletup. Menurutnya, kejadian disedari apabila bapa mangsa medengar bunyi letupan kuat di luar rumah dan mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah. "Bapa mangsa mendakwa mangsa sering bermain seorang diri di luar rumah," katanya. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Umum Kuching sebelum diserahkan kepada keluarganya. "Kes disiasat mengikut seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak," katanya. Mangsa adalah murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Matu Baru. Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Jun 2017 @ 10:45 AM

Sunday 10 July 2016

Pendakwaan Guan Eng keadilan setimpal - Khir Toyo

Pendakwaan Guan Eng keadilan setimpal - Khir Toyo




MOHAMAD Khir (kanan) meminta Lim Guan Eng berhenti membandingkan kes mereka. - Foto NSTP
SHAH ALAM: Pendakwaan ke atas Lim Guan Eng membabitkan isu rasuah berhubung pembelian rumahnya disifatkan sebagai keadilan setimpal oleh Dr Mohamad Khir Toyo.
Bekas Menteri Besar Selangor itu turut meminta Ketua Menteri Pulau Pinang itu berhenti membandingkan kes mereka.
Dr Mohamad Khir berkata, kesalahannya adalah mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan iaitu menyalahgunakan kedudukan sebagai penjawat awam bagi mendapatkan barangan berharga, bukan membabitkan rasuah seperti Guan Eng.
"Ketika saya dihukum penjara, DAP menganggapnya sebagai kemenangan besar mereka.
"Justeru, walaupun saya bersimpati dengan nasib Guan Eng, saya fikir kenyataan paling tepat untuk DAP ialah seperti diungkapkan oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, iaitu 'padan muka'.
"Kes saya tidak sama dengan Guan Eng kerana Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009," katanya menerusi entri dalam akaun rasmi Facebook miliknya, hari ini.
Pada 22 September 2015, panel empat hakim Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah terhadap Dr Mohamad Khir selepas menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 dan dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 30 Mei 2013.
Dia diperintahkan menjalani hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Persekutuan bermula 29 September 2015.
Dr Mohamad Khir disabitkan atas pertuduhan menyalah guna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta untuk dirinya dan isteri pada tahun 2007.
Khamis lalu, Guan Eng yang juga Setiausaha DAP, didakwa atas dua tuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Georgetown, dibebaskan dengan jaminan RM1 juta.
Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu, iaitu pembelian banglo di Jalan Pinhorn di bawah harga pasaran dan meluluskan permohonan pengezonan semula dua lot pertanian kepada perumahan di Daerah Barat Daya.

Portugal juara Euro 2016

Portugal juara Euro 2016



PENYERANG Portugal, Eder (kiri) merembat lalu membolosi gawang Perancis pada perlawanan final Euro 2016, sebentar tadi. - Foto EPA



PARIS: Ketiadaan tonggak utama Cristiano Ronaldo tidak menghalang Portugal untuk melakukan kejutan ke atas tuan rumah Euro 2016, Perancis yang tewas 1-0 menerusi gol masa tambahan Eder pada final yang berakhir di Stade de France sebentar tadi.
Babak pertama perlawanan menyaksikan kapten Portugal Ronaldo terpaksa diusung keluar pada minit ke-24 akibat kecederaan lutut yang dialami selepas diterjah Dimitri Payet pada minit kelapan.
Penyerang 31 tahun itu jelas kecewa dan sedih apabila terpaksa digantikan oleh Ricardo Quaresma dan lilitan kapten diserahkan kepada Nani.
Perancis menguasai awal permainan dengan Antoine Griezmann hampir membuka jaringan
menerusi tandukan tepat ke gawang Portugal, tetapi penjaga gol Rui Patricio sempat menepis keluar bola.
Pemain tengah Perancis, Moussa Sissoko yang begitu berbahaya dengan larian pantas membelah benteng Portugal, hampir memecah kebuntuan pada minit ke-34, tetapi sekali lagi Patricio menjadi penyelamat.
Bersambung babak kedua, Perancis terus menguasai permainan dengan beberapa peluang keemasan dihasilkan tuan rumah, namun Patricio dan tiang gol menjadi penghalang.
Tandukan minit ke-66 Griezmann ditepis keluar Patricio yang kemudiannya menampan rembatan Olivier Giroud pada minit ke-75. Ketika Patricio gagal menghalang sepakan leret Andre-Pierre Gignac pada minit terakhir, tiang pula menafikan peluang Perancis mendapatkan gol.
Dalam masa tambahan, Eder muncul wira Portugal apabila merembat kencang menewaskan Lloris dan Portugal mempertahankan kelebihan satu gol hingga tamat perlawanan. - Agensi

Terkini : 4 parah kereta jatuh gaung di Jalan KB-Ranau Bypass

10 Julai 2016

4 sekeluarga parah kereta jatuh gaung
ORANG ramai turut membantu mengangkat salah seorang mangsa selepas kereta yang dinaiki bersama enam yang lain terjunam ke dalam gaung di Jalan Pintas Ranau-Kota Belud, petang tadi.

ORANG ramai turut membantu mengangkat salah seorang mangsa selepas kereta yang dinaiki bersama enam yang lain

 KOTA BELUD: Tujuh orang termasuk empat mangsa parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Bypass Kota Belud-Ranau berhampiran Kampung Taginambur, di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, semua mangsa termasuk lima kanak-kanak yang dipercayai berusia antara tiga tahun hingga 12 tahun telah dihantar ke Hospital Kota Belud.
Bagaimanapun identiti mangsa belum diketahui, setakat ini.
Difahamkan, semua mangsa yang menaiki kereta PROTON Iswara itu dipercayai terjatuh ke gaung sedalam kira-kira 200 meter.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata semua mangsa dikeluarkan oleh anggota bomba dan diserahkan kepada petugas ambulans Hospital Kota Belud.
“Bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 3.18 petang dan tiba di lokasi pada jam 3.50 petang. Operasi terkawal pada jam 5.48 petang dan tamat sepenuhnya jam 6.35 petang,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.
Caption
Anggota bomba yang terbabit dalam operasi menyelamat salah seorang kanak-kanak selepas kereta yang dinaiki bersama enam yang lain terjunam ke dalam gaung di Jalan Pintas Ranau-Kota Belud, petang tadi.
Orang ramai turut membantu mengangkat salah seorang mangsa selepas kereta yang dinaiki bersama enam yang lain terjunam ke dalam gaung di Jalan Pintas Ranau-Kota Belud, petang tadi. – BH Online ain terjunam ke dalam gaung di Jalan Pintas Ranau-Kota Belud, petang tadi.


Tragedi: 1 parah, 6 selamat kereta terbalik

Tragedi: 1 parah, 6 selamat kereta terbalik

KENDERAAN jenis Toyota Avanza terbalik selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kionsom Bambangan Baru, Inanam, pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba

KENDERAAN jenis Toyota Avanza terbalik selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kionsom Bambangan Baru, Inanam, pagi tadi. – Foto Ihsan Bomba

KOTA KINABALU: Seorang lelaki parah, enam yang lain termasuk dua bayi dan seorang kanak-kanak terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Kionsom Bambangan Baru, Inanam, dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa parah dikenali sebagai Mohd Alif Jasni, 20, manakala dua bayi perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan yang tidak cedera masing-masing berusia satu bulan, empat bulan serta dua tahun. Tiga lagi penumpang kenderaan jenis Toyota Avanza adalah berusia antara 13 hingga 49 tahun yang mendapat cedera ringan. Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata kenderaan itu dinaiki 10 penumpang, termasuk pemandu. “Penumpang kereta membabitkan tujuh perempuan termasuk dua bayi dan seorang kanak-kanak serta tiga lelaki. “Difahamkan, kenderaan berkenaan terbabas dan semua mangsa dikeluarkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BH Online

Saturday 9 July 2016

'Duit Raya' Bukan Rasuah - Ismail Sabri

'Duit Raya' Bukan Rasuah - Ismail Sabri






BERA: Duit raya diberikan kepada tetamu terutamanya kanak-kanak semasa Rumah Terbuka Aidilfitri tidak boleh disamakan dengan rasuah, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata amalan pemberian duit raya sebagai tanda penghargaan kepada kanak-kanak yang menghadiri rumah tersebut tersebut.
"Ia adalah budaya kita dan kanak-kanak yang menerima wang itu lebih gembira semasa menghadiri rumah terbuka," katanya pada majlis Rumah Terbuka beliau di Dataran Kerayong dekat sini, Sabtu.
Ismail Sabri berkata kenyataan yang didakwa dikeluarkan Ahli Parlimen Taiping (DAP) Nga Kor Ming di laman Facebooknya yang menyamakan duit raya dengan rasuah adalah amat tidak wajar.
"Beliau boleh dikatakan sebagai biadap dan bukan seorang pemimpin yang bijak. Adakah dia memahami budaya dan amalan kita?
"Mungkin beliau mahu publisiti murahan melalui perkara ini kerana kenyataan itu boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat Melayu," katanya.
Ismail Sabri mengulas laporan polis yang dibuat terhadap Nga yang didakwa menyifatkan duit raya sebagai dedak.
Ahli Parlimen Bera itu berkata amalan pemberian wang atau derma pada musim perayaan adalah perkara biasa kerana ia turut diamalkan masyarakat lain.
Jelas beliau masyarakat Cina memberi 'ang pau' semasa sambutan Tahun Baru Cina dan masyarakat lain lakukan mengikut cara mereka sendiri seperti pemberian hadiah semasa perayaan Krismas atau sumbangan pada Hari Deepavali.
"Saya ingin menasihati Nga supaya memohon maaf kepada masyarakat Melayu mengenai perkara ini jika beliau benar-benar berkata demikian dalam akaun Facebooknya seperti dilaporkan," kata Ismail Sabri.

Akim Batal Hajat Tunai Umrah Demi Sambut Raya Pertama Bersama Stacy

Akim Batal Hajat Tunai Umrah Demi Sambut Raya Pertama 

Bersama Stacy


STACY tidak tertekan apabila kerap diajukan soalan mengenai kehamilannya. - Foto Nik Hariff Hassan



Bertuah Sungguh Stacy dapat Akim!!.. Beberapa bulan yang lalu, penyanyi yang dengan lagu Mewangi, Akim Ahmad pernah mengumumkan akan menunaikan umrah bersama kumpulan The Majistret pada hujung bulan Ramadan seterusnya menyambut hari raya Aidilfitri di sana.bagaimanapun hasrat itu terpaksa dibatalkan saat akhir kerana Akim tidak mahu melepaskan peluang beraya bersama Isteri kesayangan Stacy. Lebih manis lagi ini adalah tahun pertama mereka mereka merayakan Aidilfitri sebagai suami isteri,.“Sepatutnya saya berangkat pada 22 Jun lalu tetapi saya terpaksa batalkan perancangan itu kerana mahu fokus kepada hal perpindahan rumah termasuk mahu bersama Stacy pada raya pertama memandangkan ini kali pertama dia menyambutnya sebagai saudara baharu,” katanya 
Sebelum ini Akim & The Majistret mendapat tajaan pakej Umrah setelah memenangi Anugerah Personaliti Terunggul Anugerah Pilihan Online 2016. Dalam pada itu Akim merancang untuk membawa Stacy menunaikan umrah bersama kelak.


TIPS: Khasiat Buah Nanas 5 Kali Ganda Lebih Berkesan Daripada Ubat Batuk Biasa, Sila Sebarkan!!

TIPS: Khasiat Buah Nanas 5 Kali Ganda Lebih Berkesan Daripada Ubat Batuk Biasa, Sila Sebarkan!! 




Ramai kita diluar sana akan mencari ubat membeli ubat-abat di farmasi atau kedai jika di jangkiti batuk, ada antara kita memilih ubat yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan ada antara kita memilih ubatan kimia.

Bagi mereka yang mahu menggunakan ubat batuk bebas bahan kimia atau ubatan moden, ubat batuk yang dibeli di kedai dipercayai menggunakan bahan tradisional pun kita tidak tahu adakah ianya 100% bahan tradisional bebas kimia, jadi alangkah baiknya jika kita hasilkan sendiri ubat batuk di rumah yang sudah pasti bebas dari bahan kimia.

Dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Norashikin Bt Hasan di mana beliau berkongsikan cara-cara untuk menghasilkan ubat batuk organik menggunakan buah Nanas.

Jom kita baca perkongsian dan cara-cara menghasilkan ubat batuk berkenaan.

Ada 3 jenis nenas yang sering didapati di pasaran Malaysia. Nenas madu, nenas sarawak/paun dan nenas moris. Boleh guna mana-mana jenis nenas. Saya guna nenas madu kerana kualiti dan khasiatnya. Ia juga lebih nusantara

1. Buang kulit nanas dan durinya. Ini biasa dibuat oleh semua orang jika nak makan nenas kan.


2. Potong cube, senang nak blend. Kalau ada fruit processor lagi senang. :-) saya guna blender biasa sahaja. Bahagian tengah nenas saya tidak blend sekali. Sebab niat nak beri jus ni sekali dgn madu. :-) Nak blend juga boleh kerana ada khasiatnya. Potong sedikit bhgn tengah dan join sekali dlm blender.


3. Blend sampai halus. Tapis.


Ini hasilnya.'


4. Tapis lagi dengan penapis yg lebih halus. Buih-buih jus nanas ini juga adalah hampas yang halus, bila lalu di tekak rasa nak terbatuk. Jadi tapis molek deh.


5. Masukkan dalam botol yg kedap udara untuk disimpan di dalam peti sejuk. Saya pakai botol jem. Pastikan tiada karat di penutup botol ye'


6. Siap dimasukkan dlm botol. Ini tanpa madu. Nak beri pada anak barulah beri dengan madu. Gunakan jus ini untuk 3 ke 4 hari berturut turut. Kemudian tak perlu simpan lagi, boleh dibuang. Almaklumlah ubat semulajadi tiada bahan pengawet, ia boleh rosak. Sebaik sahaja anak pulih dari batuk dan selsema, jus ini tidak diperlukan lagi. Jangan sayang dan simpan lama ya, kot2 anak batuk lagi boleh guna. Jangan! Jika anak batuk untuk masa akan datang, sila buat jus yang baru lagi fresh.


7. Guna picagari utk beri pada si manja. Sinergikan dgn madu supaya ia balance. Tidak bersifat panas dan tidak bersifat sejuk. Madu tidak dicampur di dlm botol jus tadi sebaliknya ia hanya masuk dlm picagari ketika ingin diberikan kpd anak.


8. Berikan pada si kecil. Untuk bayi, dosnya beginilah mcm dalam gambar. Untuk kanak2 boleh double dos. Untuk dewasa boleh minum 1 cawan jus nenas letak madu. Nenas makan terus cicah madu pun boleh kalau org dewasa. Disamping bau nanas yang sedap, rasanya juga sedap.


Berdasarkan kajian yang dilakukan, buah nanas berupaya menyembuhkan batuk 5 kali ganda lebih berkesan daripada uabt batuk biasa yang di beli di kedai.

Memetik laporan preventdisease, para saintis membandingkan keberkesanan nanas dan ubat batuk dalam merawat batuk, ternyata pesakit yang mengambil jus nanas 4.8 kali ganda lebih cepat sembuh berbanding mereka yang mengambil ubat batuk biasa.

Namun kerana sifatnya yang agak tajam, disyorkan hanya diberikan kepada bayi berumur setahun dan ke atas, namun menurut puan Norashikin, jika risau untuk berikan nenas kepada anak bawah setahun, madu dan habatussauda sesuai digunakan untuk merawat batuk. 






Thursday 7 July 2016

“Air Matanya Mengalir Keluar Tanpa Suara Seolah-olah Menangis Dalam hati" - Nenek

“Air Matanya Mengalir Keluar Tanpa Suara Seolah-olah Menangis Dalam hati" - Nenek


GUA MUSANG ,5 Julai – Baru-baru, Malaysia dikejutkan dengan nahas ngeri yang menyebabkan seorang kanak-kanak, Mohd. Akil Aliyuddin Mohd. Amin, 3, menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.

Adik Akil terselamat dalam nahas yang mengorbankan ibu bapa dan adik perempuannya.

Mungkin dia kini agak sukar memahami apa yang berlaku, namun, apa yang jelas dia seperti merasai keperitan kehilangan ahli keluarganya apabila dia dilihat hanya termenung dan mengalirkan air mata setiap kali disapa oleh saudara mara.

Lebih menyedihkan, adik Akil terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri yang tinggal sehari lagi tanpa kelibat insan tersayang yang dipanggil Abi, Umi dan Adik. Tiada lagi belaian kasih sayang, gelak tawa mereka di hari raya. Semuanya hilang dalam sekelip mata.

Nenek Akil, Radziah Abu Bakar, 57, berkata Akil yang cedera di kaki masih trauma dengan kejadian dan enggan bercakap dengan sesiapa.

Saya cuba mengelak untuk bercakap mengenai kejadian itu dan memujuknya bercakap hal-hal lain, namun Akil enggan membuka mulut langsung.

Air matanya mengalir keluar tanpa suara seolah-olah menangis dalam hati. Luluh hati saya melihatnya. Saya kuatkan semangat dan beritahu dia masih ada tok abah dan tok umi,” katanya kepada Utusan Online ketika ditemui di Hospital Gua Musang hari ini.

Mohd. Akil Aliyuddin merupakan anak pasangan Mohd. Amin Firdaus Zakaria, 29, dan Mursyida Ahmad Latfi, 29, yang terkorban dalam nahas di Kilometer 12, Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada pukul 1.20 pagi ini. Adiknya, Nur Hana Jannati, lima bulan turut maut.

Nahas tersebut turut mengorbankan pasangan kembar Mur­syida iaitu Munira, 29, suaminya, Norazami Mahat, 41, serta dua anak mereka, Raudatul Shazwina, 4, dan Mohd. Rifqi, tiga bulan.
Mengulas lanjut, Radziah memberitahu, Mohd. Akil Aliyuddin buat sementara waktu akan tinggal bersama dia dan suami­nya, Ahmad Latfi Mat, 60, di kediaman mereka di Kampung Kubang Badak, Kota Jembal, Kota Bharu.

Wednesday 6 July 2016

Terima Kasih Sahabatku

Terima Kasih Sahabatku Cerita Motivasi dan Inspirasi Nomor 1

MP3 playerku masih setia menemaniku hingga senja tiba. Lagu-lagu favoritku dan dia terus terputar di playlist yang telah ku buat. Membuat ku semakin tenggelam dalam kenangan saat masih bersamanya. Sahabatku yang dulu selalu ada di sampingku. Aku masih terhanyut dalam kenangan di masa lalu sejak pagi tadi. Kini senja mulai menampakan wujudnya, namun aku masih tak ingin keluar dari kamarku.

“Bayangkan ku melayang seluruh nafasku terbang. Bayangkan ku menghilang semua tanpamu teman. Bila nafasku lepas, semua langkah yang lelah, semua waktu yang hilang tapi bayangmu tetap….”

Tak mampu lagi aku menahan air mata ini saat terdengar lagu Peterpan yang berjudul Sahabat terputar di MP3 player yang ku taruh tepat di sampingku. Air mataku mulai jatuh membasahi pipiku. Aku hanya bisa menggigit kecil bibir bawahku untuk menahan kesedihanku. Ku buka satu persatu gambar-gambar yang penuh kenangan di album fotoku. Gambar-gambar yang mengingatkan ku akan sosok dia yang pernah menjadi orang paling penting dalam hidupku. Namanya adalah Rosid. Sahabat terbaik yang pernah ku miliki. Dahulu kami selalu bersama, dimanapun ada dia maka disitulah aku berada.

Namanya adalah Rosid. Dia adalah seorang anak pecinta alam. Bahkan karenanya lah kini aku juga menjadi anak pecinta alam juga. Saat itu Rosid dan teman-teman lainnya yang
... baca selengkapnya di Terima Kasih Sahabatku Cerita Motivasi dan Inspirasi Nomor Satu